Tahun 2013 ni.. Aku belum ada plan nak buat mana2 trip mancing lagi.. Samada kat lubuk sedia ada yng kerap aku pergi iaitu kong kong atau lubuk2 baru yang belum lagi aku redah...
2 januari 2013, arini malas aku nak meniaga. Budak baru naik sekolah. Kompem tak ramai orang yang rajin nak keluar jalan-jalan kat bazar. So aku amek keputusan tutup aje kedai hari ni. Since tak bukal kedai aku pon plan nak ajak bini aku ngan arissa jalan-jalan. Tapi bini aku ajak keluar petang je pegi tengok wayang...
Waktu pagi takde plan lagi ni. Kalau pegi mancing pon best gak ni... Tapi nak ajak siapa.??.. Dengan tak semena-semena datang Zarul jumpa aku.... Macam berbau je hidung die.. "Nas. Ko tak niaga kan esok?.. Aku tak niaga esok.. Pegi cari 'ragok' jom kat kelong aritu." sapa zarul kt aku... " kalau esok pagi aku free Rol. Petang aku ada projek ngan anak bini aku". Ringkas je aku bagithu plan aku.. " kite gerak kol 5pg esok la.. Aku call toke kelong. Ko stenby udang kopek. 4.30 aku amek ko. Aku ajak Mang skali tau.' sambung zarul lagi...
Tin tin.. Pukul 5pagi baru zarul sampai umah aku.. Berbual betol mamat sekor ni.. Tepat jam 5.55 pg aku ngan geng kaki pancing aku sampai jeti rakit Yo Yo Sungai Layang. Philip budak Sarawak selaku rider boat yang akan bawak kami ke rakit Pulau Layang dah lama stenby menunggu kami, sebab Zarul janji ngan die kami sampaipukul 5 pg. Membebel mamat tu.. Sayangnya die ni bemulut sumbing, so ada sound trouble sket. Dalam 10 patah perkataan, mungkin 2 -3 patah je yang aku paham.
Baru je aku labuh pekakas mancing aku dalam bot, dengan tetiba hujan turun mencurah-curah.. Aduyai......
Sejam dah kami menunggu hujan masih tak reda lagi. Last-last Philip buat keputusan redah je hujan sebab jarak kelong tu hanya 1000 meter je dari jeti.
Walaupun tak berapa jauh dah cukup buat kami basah lencun. Kami pulak tak stenby baju ujan. Philip mencadangkan agar kami pakai spender je. Baju semua masuk dalm plastik. Subuh2 camni mana ada orang nampak. Kelong tu pulak kosong takde orang yqng singgah mancing. Kami setuju...
Mengokol kami dalam bot macam orang kene parkinson walaupun perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit. Lebih kurang 7pg kami sampai kat rakit Pulau Layang. Philip sempat bagi kami 5-6ekor ikan tamban yang baru dijalanya tadi, untuk dijadikan umpan..
**************
Sampai je atas kelong. Tanpa buang masa aku terus menyetting pancing aku. Dengan harapan ada la ikan kasar yang mengena hari ini. Paling tidak pon raguk bersaiz betis pon dah memadai.. Kat sini selalunya aku berjaya mendaratkan ragok, tuka dan semilang, ada sekali member aku pernah naikkan pari seberat 15kg hanya pakai umpan udang kopek.
Trip yang lepas aku berjaya menundukkan 3ekor tuka bersaiz lebih kurang 200gram setiap ekor. 4ekor raguk bersaiz betis orang dewasa, dan beberapa ikan spesis popular sepeti gelama, duri, semilang dan usat, tak termasuk kategori campak balik dalam laut iaitu buntal, belin dan yu cicak..
Aku orang pertama yang melabuhkan mata kail kedalam laut. Kelong seluas 20m x 30m persegi boleh menlmuatkan lebih 30 orang pada satu masa, apatah lagi hanya kani bertiga je pada hari tu.. Amatla selesa. Kelong ini hanya ada dilengkapi kemudahan asas seperti lampu dan tandas sahaja. Bilik dan dapur memang tak disediakan. Hanya ada pangkin yang berbumbung sahaja disediakan untuk berehat. Bagi pemancing tegar, itu pon dah memadai memandangkan harga sekali naik hanyalah rm10 sahaja...
Lepas setengah jam baru lah hujan reda. Tapi ikan tak makan-makan umpan lagi. Yang pelik umpan asyik hilang je, mungkin ketam yang bantai.Tetiba pancing Mang dimakan ikan. Dengan muka bangga Mang cuba menjinakkan ikan yang aku rasa sebarat tak sampai 100gram tu.. Rupanya bukan ikan yang naik tapi "belin". Gelak besar aku ngan zarul memecah kesunyian pagi tu..
Selang berapa minit. Mancing aku pulak disambar ikan. Daiwa revros 4000 dikenakan dengan rod seahawk 30pnd, tali body benang 30pound dan perambut saiz 25pound memang takat ikan bawah 5kg ni kacang aje la.... Rupanya raguk saiz 300gran aje.. Kira ok la tu, sekurang2 nya da ada lesen...
Berbulu je Zarul bila aku cakap pasal lesen. Trip yang lepas, di kelong yang sama, Zarul pulang dengan tangan kosong. Kali ni resepi dan startegi barunya diharap membuahkan hasil. Tapi sebaliknya aku yang dapat lesen dulu.Sejam berlalu setelah ikan pertama berjaya aku daratkan. Takkan itu sahaja rezeki untuk hari ni. Mata semakin susah nak bukak, mengantuk campur letih sebab tak rehat lagi selepas semalaman bekerja. Umpan semakin susut. Perambut sudah beberapa kali aku ubah. Apatah lagi mata kail. Dari bersaiz besar hingga bersaiz kecil semuanya aku dah cuba, namun masih lagi belom berjaya menambah skor.
Dikala perasaan letih bercampur jemu melanda perasaan... "kecebur" ikan bersaiz kasar melompat atas air... " Naz... Siakap main atas air" teriak Zarul. Tak pernah lagi aku lihat siakap bersaiz hampir empat kaki betul-betul atas permukaan air. Bukannnya seekor. Tapi ada 4ekor hampir sama saiznya.. Malangnya kami tak bawak "gap" hari tu. Kalau tak dah lama alu henjutkan kat badan siakap ni..Bila ternampak sahaja siakap mula bermain atas air, apa lagi pelbagai usaha dan taktik digunakan untuk mendaratkan raja muara tu. Dari pelbagai jenis umpan hinggalah ke mata gewang.
|




Best
ReplyDeletesalam..saya nk ke yoyo rakit lepas raya ni..sesuai tak waktu tu?mana tau tak kena masa ke...kalau sesuai boleh bagi tips2 terbaik kt sana tak?
ReplyDeleteSloty Casino - MapyRO
ReplyDeleteGame Name, sloty. Developer, NetEnt. SlotyCasino. Owner, 안양 출장샵 Casimba. 남원 출장안마 Casino, Malta. Game Type, Video Slots, CasiNudge. 거제 출장마사지 Established, 2015. 속초 출장샵 Year, 충청북도 출장마사지 2017. Owner, Casimba. Casino,